Selasa, 30 Ogos 2016

MAJLIS PELANCARAN LAGU MUAFAKAT JOHOR

Pelancaran Lagu Muafakat Johor oleh MB Johor serentak di 10 daerah pd malam 30 Ogos sempena Sambutan Ambang


SAMBUTAN AMBANG MALAM MERDEKA 2016

Pelbagai acara menarik antaranya Persembahan Kebudayaan, Deklamasi Sajak, Tayangan Video Kemerdekaan, Pertunjukkan Bunga Api dan Pelancaran Lagu Muafakat Johor oleh Wakil Rasmi YAB Menteri Besar. Semua warga Kluang adalah dijemput hadir.

Hari : Selasa 30/8/2016
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Dataran Tasik, Kluang





Selasa, 9 Ogos 2016

APLIKASI WHATSAPP UNTUK DESKTOP

Untuk memberikan anda dengan lebih pengalaman komunikasi yang lebih berkesan , WhatsApp kini boleh diakses pada telefon anda dan komputer anda. WhatsApp Web adalah lanjutan berasaskan komputer dengan akaun WhatsApp di telefon anda. Mesej yang anda hantar dan terima disegerakkan sepenuhnya antara telefon anda dan komputer anda, dan anda boleh melihat semua mesej pada kedua-dua peranti . Semua tindakan yang Anda ambil di telepon Anda akan diterapkan juga di WhatsApp Web, dan sebaliknya. Pada masa ini , WhatsApp Web ini disediakan hanya untuk Android , iPhone 8.1+ , Windows Phone 8.0 dan 8.1 , Nokia S60, Nokia S40 EVO , BlackBerry dan BlackBerry 10 sahaja.
WhatsApp Web bukanlah sebuah akaun WhatsApp yang lain. Apabila anda menggunakan WhatsApp pada komputer anda dan telefon anda, anda hanya mengakses akaun yang sama pada kedua-dua peranti.




MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER 

Majlis penyerahan sumbangan komputer oleh Majlis Perbandaran Kluang kepada Pelajar Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Setiausaha MPK, En Mohammad Radif Bin Hj Kosnin kepada Pemangku Guru Besar Sekolah Lelaki Bandar, Kluang. Hadir sama Ialah Timbalan Whip MPK, En Chin Sim Lai. Semoga dengan sumbangan komputer yang diberikan akan membantu sesi pembelajaran murid-murid Pendidikan Khas tersebut.





LAWATAN TURUN PADANG YPD MELIHAT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN BANDAR KLUANG

Sekitar lawatan turun padang YDP melihat Kebersihan dan Keceriaan Bandar Kluang. Sepanjang lawatan tersebut pelbagai perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan Kluang menjadi Bandar Bersih, Ceria dan Indah. Antara perkara yang perlu diambil tindakan segera :
1. Taman Permainan kanak-kanak di Laman Tasik yang perlu dibaik pulih.
2. Dahan-dahan pokok yang dicantas/potong perlu dibersihkan dengan segera.
3. Kebersihan longkang disekitar Bandar Kluang perlu sentiasa dibersihkan.
4. Kerosakkan infra seperti longkang perlu diambil tindakan


Antara permainan kanak-kanak yang perlu dibaiki




Isnin, 8 Ogos 2016

GOOGLE DRIVE - PENYIMPANAN CLOUD & FILE BACKUP UNTUK GAMBAR, DOCS & BANYAK LAGI

Google Drive merupakan salah satu perkhidmatan storan daripada Google, membolehkan pengguna bukan sahaja menyimpan dokumen, gambar dan pelbagai jenis fail, tetapi pada masa yang sama turut menggunakannya dalam berkolaborasi bersama-sama rakan lain. Perisian ini berasaskanCloud Storage as a Service‘ .

KELEBIHAN :
  1. Google Drive membolehkan anda menghantar fail besar kepada rakan-rakan anda, pelanggan dan rakan-rakan terus dari akaun Gmail anda.
  2. Google Drive membolehkan anda untuk mengakses fail anda dari jauh.
  3. Apabila anda menyertai Google Drive, anda secara automatik mempunyai 15 GB ruang simpanan.
  4. Google Drive mempunyai aplikasi mudah alih sendiri yang memberikan anda akses kepada fail anda pada iPhone atau telefon pintar anda, tidak kira di mana anda berada !
  5. Google Drive mempunyai enjin carian berkesan yang membolehkan anda untuk mencari kandungan dengan mudah dengan carian kata kunci . Anda juga boleh mencari fail dengan nama pemilik atau dengan jenis fail.
  6. Google Drive membolehkan pengguna untuk membuka pelbagai jenis fail.
  7. Program ini adalah percuma!

Isnin, 4 Julai 2016

KAUNTER PANDU LALU MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

INFO: Kaunter Pandu Lalu Majlis Perbandaran Kluang. ( Bayaran Cukai Taksiran)
Lokasi : Pejabat Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan.(Pejabat Lama)
* Sila bawa bil terkini dan wang secukupnya


LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR KE LAMAN KREATIF KLUANG

Lawatan YAB Menteri Besar Johor, DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN ke Laman Kreatif Kluang. Lawatan ini adalah bagi melihat Lorong Belakang yang telah dinaik taraf dan telah menjadi kawasan tarikan baru penduduk Kluang dan pelancong yang hadir ke Kluang. Hadir sama didalam lawatan tersebut ialah, Tuan Haji Md Jais bin Sarday, Exco Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Muhammad Fuad bin Radzuan, Pegawai Daerah Kluang serta Tuan Haji Ismail bin Abu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang




PROGRAM KLUANG KREATIF 1020 DAN PELANCARAN LAMAN KREATIF KLUANG

Sekitar Program Kluang Kreatif 1020 dan Pelancaran Laman Kreatif Kluang. Program ini adalah bagi menceriakan lorong belakang dikawasan Bandar Kluang berhampiran Taman Merdeka. kawasan yang telah dinaik taraf ini dengan pemasangan lampu dan juga dinaiktaraf adalah bagi menjadikan kawasan ini tumpuan pelancong dan aktiviti riadah oleh penduduk Kluang.